Kedua-dua tarikh ini memberi makna buat aku. Ini kerana tarikh 16hb Februari adalah hari ulangtahun kelahiran anak aku yang sulong, Muhammad Hafizzuddin Hilmy. Tarikh 17hb Februari pula adalah hari ulangtahun kelahiran isteri tersayang, Salina. Aku merasa bersyukur ke hadrat Allah yang telah memberi kami sekeluarga kesihatan, dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur dan dapat kami sama-sama hidup dalam suasana aman dan harmoni. Moga pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment