Sunday, January 30, 2011

Rangkuman 2010

Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat aku. Bermula dengan pembabitan aku dalam dunia sukan marathon dan berbasikal, kemalangan yang hampir meragut nyawa aku sekeluarga di Highway Karak dan yang terakhir kenangan aku sepanjang tinggal di Bandar Manjalara Kepong.

Pembabitan aku dalam sukan marathon bermula dengan perkenalan aku dengan pasangan Mr.Talib a.k.a Kadok dan Kak Zila. Bertitik-tolak dari situ, aku mula berjinak-jinak dalam sukan ni. Penyertaan pertama aku adalah larian Putrajaya Night Marathon. Larian sejauh 7.7km berjaya aku habiskan dalam masa 48 minit dan berjaya mendapat tempat ke 180. Dalam larian ini juga aku berjaya mendapat medal yang pertama yang mana telah memberikan semangat baru untuk aku meneruskan untuk acara-acara lain. Selepas dari itu, boleh dikatakan setiap bulan aku menyertai acara larian tersebut.

Setelah hampir 7 bulan aku berkecimpung dalam sukan marathon, aku berjaya menambah lagi satu acara iaitu berbasikal. Event pertama aku untuk berbasikal ni ialah Round Island di Pulau Pinang. Kayuhan sejauh 80km berjaya aku tamatkan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Event kedua ni adalah yang paling bersejarah buat aku kerana berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 360km bermula dari Tropicana Golf & Country Resort ke Bandar Kluang yang terletak di Johor. Event yang terakhir untuk tahun 2010 adalah Powerman Malaysia yang diadakan di Manjung, Perak. Selebihnya aku hanya berlatih dengan member-member pada setiap minggu.

Pengalaman yang hampir meragut nyawa aku sekeluarga berlaku di Highway Karak. Kejadian berlaku dalam keadaan hujan renyai dan jalan yang basah serta licin. Ini gara-gara sebuah kereta Honda yang tidak dapat mengawal kenderaannya ketika mengambil selekoh telah terbabas memasuki laluan aku. Akibat dari itu, kereta aku telah dilanggar dibahagian sisi dan membuatkan enjin kereta mati dengan serta-merta. Melalui cermin pandang belakang, aku dapat lihat sebuah bas semakin hampir menuju ke kereta aku. Mujurlah aku sempat memusingkan stereng kereta ke kanan walaupun enjin mati pada masa tu. Sejurus saja aku ke kanan, bas tersebut melintas dengan lajunya. Syukurlah kerana Allah selamatkan kami sekelurga.

Kenangan yang terakhir ni meninggalkan nostalgia untuk aku dan keluarga. Ini kerana setelah hampir 7 tahun aku menetap di Bandar Manjalara, kini aku telah berpindah ke rumah aku sendiri yang terletak di Ampang. Banyak kenangan suka duka aku semasa tinggal di Manjalara. Di sini juga aku mempelajari selok belok menjual burger, membuat jualbeli melalui internet dan aku juga berjaya mendapat tapak pasar malam menjual sandal CROCS. Anak-anak aku juga membesar di rumah ini, sejak aku mendapat anak yang pertama dan sekarang aku sudah memiliki 3 anak. Aku mula menduduki rumah ini pada usia Hafizuddin berumur 4 tahun.

Begitulah serba sedikit rangkuman sepanjang 2010 yg sempat aku ingat dan tulis kat blog ni.




No comments:

Post a Comment