Saturday, March 12, 2011

Hospital......................

Dengar nama pun dah seram sejuk satu badan aku dibuatnya. Selalunya aku dok melawat orang sakit je...tapi kali ni aku pulak yang dilawati oleh saudara mara dan rakan taulan. Sepanjang umur aku 33 tahun, ni la PERTAMA kali aku masuk wad. Kisahnya bermula hari rabu lepas, dimana aku telah mendukung anak kecilku Harraz yang tidur dalam kereta. Pada masa tu tak rasa apa2..keesokan hari bila aku bangun jer dari tidur, aku terasa kelainan pada badan aku.

Aku cuba berdiri, terasa sakit dibahagian pinggang. Bila aku berjalan, terasa kaki kananku jadi rendah pulak. Bila aku nak mandi, baru aku perasan badanku dah jadi bengkok. Aku teruskan juga ke pejabat pada hari tu. Sampai office, atas nasihat rakan-rakanku, aku ke klinik. Mulanya doktor hanya buat Sonotron saja dan dibaginya aku MC. Balik rumah terbaring la aku atas tilam rata atas nasihat doktor. Esoknya iaitu hari jumaat, aku bangun tidur, aku rasa lagi sakit dan badanku lagi teruk membengkok. Aku ke klinik yang sama dan doktor terkejut lalu merujuk ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Sampai jer kat hospital, aku terus kena wat X-ray. Doktor masih tak dapat mengesan punca kesakitan aku dan memasukkan aku ke dalam wad.

Tidurlah aku pada hari tu kat hospital. Keesokkan harinya, aku disuruh untuk membuat fisio. Alhamdulillah, selepas itu badanku yang senget tu kembali lurus. Selesai fisio, aku dirujuk ke jabatan x-ray sekali lagi. Tapi kali ni kena buat MRI. Setengah jam aku terbaring kaku seperti mayat. Langsung tak boleh gerak2. Dari situlah doktor kesan terdapat disc aku terkeluar antara tulang belakang aku. So,doktor suggest buat fisio dan makan ubat dulu. Kalau takde apa2, oklah. Tapi kalau masih sakit, aku terpaksa dicucuk kat bahagian pinggang untuk memasukkan semula. Dan yang terakhir sekali, kalau tak berubah juga....pembedahan harus dijalankan. Harap2 jangan la sampai ketahap tu. Sekarang ni, aku menjalani latihan fisio setiap hari. Tapi Alhamdulillah nampak beransur sembuh sedikit.

No comments:

Post a Comment